Saturday, 20 May 2017



RM 30

Buku Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk guru mengandungi sebelas bab, didahului dengan konsep perkembangan mengikut peringkat perkembangan bermula dari peringkat pranatal hinggalah perkembangan keluarga. Di samping itu, buku ini juga memuatkan perbincangan mengenai isu dan permasalahan dalam mengaplikasikan pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran, Justeru itu, buku ini ditulis untuk rujukan pelbagai pihak seperti guru, bakal guru, pengasuh TASKA dan ibu bapa di rumah supaya memahami perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja.

Monday, 8 May 2017



RM 15
Sejak Alibaba.com memecah tembok edagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay.
Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi. Buku Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu ini menghimpunkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraih
 

I’m A Backpacker: Japan (C177/B151)


RM 25.00


ISI KANDUNGAN

Bab 1 (Tentang Tokyo)
  • Masyarakat Jepun
  • Bahasa Jepun dan Sistem Tulisan
  • Matawang Jepun

Bab 2 (Sebelum Mengembara)
  • Musim Sejuk
  • Musim Bunga
  • Musim Panas
  • Musim Luruh

Bab 3 (Sejarah Jepun)
  • Faktor Geografi dan Kehidupan Interdependence Masyarakat Jepun
  • Faktor Geografi dan Sifat Masyarakat Jepun yang Mementingkan Keselamatan
  • Amalan sistem tertutup
  • Amalan Sistem Junior dan Senior dan Pengaruhnya Terhadap Bahasa Jepun
  • Perjalanan seorang pahlawan dan pengaruh budaya kesetiaan
  • Pengaruh Bushido Terhadap Air Muka, Maruah, Kehormatan, dan Kebanggaan
  • Dedikasi yang diberikan oleh orang Jepun
  • Masyarakat Jepun Sukakan Reka Bentuk yang Tidak Kompleks

Bab 4 (Survival Skill)
  • Memilih Penginapan
  • Tukaran Wang
  • Selepas Ketibaan
  • Perbualan dan Komunikasi
  • Mengembara dengan Menaiki Pengangkutan Awam
  • Makanan
  • Membeli-Belah
  • Kaedah Menunaikan Solat
  • Penggunaan Tandas
  • Kecemasan

Bab 5 (Menjelajahi Jepun)
  • Istana
  • Muzium dan tempat tradisional
  • Taman dan Bangunan
  • Tempat Beli-Belah
  • Taman Tema
  • Anime
  • Luar Tokyo
  • Restoran

Tuesday, 8 March 2016

Penerapan Kaedah Pengumpulan Hadith Dalam Penyelidikan



RM 20 *exclude postage

SINOPSIS

Kaedah penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kajian. Jika sesuatu kajian menggunakan kaedah penyelidikan yang tepat maka kajian yang dijalankan akan menghasilkan dapatan kajian yang tepat. Kaedah pengumpulan data adalah antara yang menjadi penentu kualiti sesuatu kajian. Lebih-lebih lagi sekiranya kajian yang dijalankan berkenaan islam dan orang islam.
 
Buku ini membincangkan salah satu kaedah pengumpulan data yang sedia ada dalam tradisi ilimu islam. Kaedah pengumpulan hadith merupakan salah satu daripada tradisi ilmu Islam yang mempunyai kaedah pengumpulan data yang teliti. Apa yang membezakan buku ini dengan buku lain ialah buku ini membincangkan kaedah pengumpulan hadith dari aspek pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan, bukan dari aspek menentukan hukum hadith sahaja. Dengan perkataan lain, buku ini mengabungkan dua subjek, iaitu kaedah pengumpulan hadith dan kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan. Hasilnya, lahir satu sumbangan baru, iaitu penerapan kaedah pengumpulan hadith dalam kaedah pengumpulan data bagi menjalankan sesuatu penyelidikan.

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? - Buya Hamka










Harga : RM20

Sinopsis

"Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?" merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna.

Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaiman hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggalkan budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.

Sunday, 14 June 2015

Kedai Buku Online adalah sebuah kedai buku alam maya. Kini anda dapat menjimatkan masa dan minyak kenderaan anda. Kami menyediakan pelbagai buku untuk anda hanya dihujung jari sahaja.

Saturday, 30 May 2015

Cikgu Paling Gempak

Tajuk : Cikgu Paling Gempak
Penulis : Ainin Naufal
Harga : RM14.50
ISBN : 978-967-5406-29-4  
Mukasurat : 272

Sinopsis
Senarai nama pelajar 2 Biru: Melah Melia Mirza Rayyan Naznin Arif, ditugaskan mengajar di Kelas 2 Biru yang haru bitu sementara menunggu keputusan STPM. Tiada seorang guru yang sanggup mengajar dikelas itu. Namun, Arif yakin dia mampu menggalas cabaran ayah dan rakan-rakan sekerja bagi mengajar di kelas itu. Mampukah Arfi menjadi guru di kelas yang tidak pernah aman itu?