Tuesday, 8 March 2016

Penerapan Kaedah Pengumpulan Hadith Dalam Penyelidikan



RM 20 *exclude postage

SINOPSIS

Kaedah penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kajian. Jika sesuatu kajian menggunakan kaedah penyelidikan yang tepat maka kajian yang dijalankan akan menghasilkan dapatan kajian yang tepat. Kaedah pengumpulan data adalah antara yang menjadi penentu kualiti sesuatu kajian. Lebih-lebih lagi sekiranya kajian yang dijalankan berkenaan islam dan orang islam.
 
Buku ini membincangkan salah satu kaedah pengumpulan data yang sedia ada dalam tradisi ilimu islam. Kaedah pengumpulan hadith merupakan salah satu daripada tradisi ilmu Islam yang mempunyai kaedah pengumpulan data yang teliti. Apa yang membezakan buku ini dengan buku lain ialah buku ini membincangkan kaedah pengumpulan hadith dari aspek pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan, bukan dari aspek menentukan hukum hadith sahaja. Dengan perkataan lain, buku ini mengabungkan dua subjek, iaitu kaedah pengumpulan hadith dan kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan. Hasilnya, lahir satu sumbangan baru, iaitu penerapan kaedah pengumpulan hadith dalam kaedah pengumpulan data bagi menjalankan sesuatu penyelidikan.

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? - Buya Hamka










Harga : RM20

Sinopsis

"Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?" merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna.

Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaiman hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggalkan budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.